Thursday, 20 December 2012

Time Flies Like In The Blink Of An Eye

ALHAMDULILLAH. It's been THREE months since I arrived here in Egypt. And only now, this poorly-managed-blog can be updated. Oh, I feel bad for you my dear, haha. And of course, there are lots and lots of new things had happened in my life, I feel like I don't have enough words to write it all. Like seriously, aha.


A moment before depart to Cairo

Here I am, being a full time medical student in a medical school -.-

Doakan kejayaan kami semua dalam menuntut ilmu Allah di bumi Anbiya' ini. Till then, will keep updating this blog In Shaa Allah. Oh waits, there are 15 more days left (from the day I update this post) before the final exam for semester 1 students. The tarikh keramat for the exam will be on 5th January 2013. Du'a for us people! 

May Allah bless :)

One BIG Step Ahead

Assalamualaikum 

There are FIVE important things that I have to know about Mansoura-Manchester Programme For Medical Education and and I would like to share them with you, the readers :) 

 ONE

TWO

THREE

FOUR

FIVE

I chose those information randomly, so for a complete information about the programme, you may go to this website Mansoura-Manchester Programme 

Till then, du'a for me guys! May Allah bless :) 


Friday, 31 August 2012

This Post Is Soooo 'Cannot Go'





There are some adjectives yang sama in both Anis and Syifaa, those adjectives are:

KIND

LAZY

FUNNY

FUSSY

Hmmm personally, I think, these 4 adjectives really describe me enough. Haha.


But there are some more other adjectives la, ni hanya antara 4 sahaja yang manusia boleh tafsirkan tentang diri seseorang, ada banyak lagi sebenarnya tetapi tak terjangkau oleh akal manusia untuk memikirkannya dek fitrah seorang manusia itu sendiri yang sememangnya terbatas akal fikirannya. Sekian.



Monday, 27 August 2012

An Extraordinary Eid Celebration on 2012/1433H

Assalamualaikum w.b.t. and Eid Mubarak everyone!

Alhamdulillah, Allah had gave us a very great nikmah and rezeki this year, and yeah without a doubt, every breath that we take is also a great nikmah and rezeki for us actually. For the first time ever in ma life, and ma other family members as well, we celebrate our Raya at Medan, Indonesia. And yeah, it will be no laksa and spaghetti on raya kedua this year, sorry for any inconvenience guys, ahaks!

Aku tulis ni memang tak ikut the real storyline, jenuh la beb nak cerita seketul seketul (ahaks), gambar-gambar pun pakai ambik randomly sahaja. Aku hanya insan biasa, tidak berniat mahu menunjuk, menayang or mengeksyen kata aku pi holiday luar negara. Hek eleh seberang laut ja pun, apedehal kan. Tujuan aku hanya ingin berkongsi kegembiraan dan pengalaman bercuti bersama keluarga dengan hangpa-hangpa semua. Alright geng? Enjoy your reading! 

Okay, lets begin the story.......


We depart from Penang International Airport at 11 a.m. but guess what, we arrived there 2 hours before departure time. See how excited we are haha. It's me with my lil sister, my mom and my dad ready to take off. This picture was snapped by achaq, achik tengah on the phone with Ti masa ni, who's Ti? Ok tak penting muehehe.


Setibanya di Lapangan Terbang Medan, kami sekeluarga telah dijemput oleh pemandu pelancong berbayar, untuk membawa kami melancong ke seluruh Medan (seluruh lah sangat haha). Destinasi pertama kami disana adalah rumah Pak Din (tetangga di Malaysia). Perut pun dah lapaq, apa lagi, serbuan makanan dilaksanakan dengan jayanya la hahaha.

Ok pictures above showing some of the Medan's local food. Ehem. Maafkan saya kerana saya tidak tahu apakebendanya nama depa-depa ni, so jangan tanya "eww what's this and that" kerana saya benar-benar tidak tahu (panggggg) haha. But but, apa yang pasti, gambar di bawah sebelah kanan tu adalah mangkuk air cuci tangan, kalau kat Malaysia, kita served semangkuk ja, tapi depa kat sana served sorang satu, tengok betapa banyaknya ayaq kat negara depa (palatau apa aku ni haha)


Sebelum meneruskan perjalanan, we all berfoto-fotoan sebentar with Pak Din's family, hehe. Bila nak mai pulak taktau la kan, that's why pentingnya bergambar, sebagai tanda kenang-kenangan (loya tekak haha)


We continue our journey to Lake Toba, as you can see the picture above, jalan menuju ke sana was jammed! Or in Indonesia, they call it as "macat". Padanlah kami-kami pun, pi bercuti semasa lebaran, memang jammed la sebab depa semua pun nak balik kampung time ni, ish ish. What to do, time cuti raya ja yang dapat berkumpul sesama nak pi cuti ka apa, lepasni semua dah back to nature (hakhak) cuti pun lain-lain (hmm sedih)


Yeah, our journey to Lake Toba takes almost 6 hours, cool aite? (timbul kekesalan dalam hati kami sekeluarga, namun tiada gunanya, nasi sudah menjadi bubur haha). Dah 6 jam travel, for sure la perut pun dah merana kelaparan, so Pak Endang (lupa nak mention nama our pemandu pelancong berbayar memula tadi, kah kah kah dahsyatnya aku) singgah la kat rumah makan a.k.a restoran Minang Murni.


The picture above shows some of the menus yang disajikan di rumah makan ni. Ringkas cerita, masakannya agak kureng dan harga dia, bapak mak tokwan tokcik mahai weh. Sangat mencekik darah, kami makan apa sangat tapi harga mencecah Rp400,000 lebih. Sila mati, haha


An amazing morning view of Lake Toba, subhanallah walhamdulillah walailahailallah wallahuakbar. Terasa seperti our pengembaraan yang berjam-jam tu amat berbaloi!


One of my favorite picture, hahahaha ok tangan sapa lah tu. Ni kitorang dah on the way back to Medan (kitorang ok, hang ingat mak hang beranak hang kat mana kahkahkah) gambar curi-curi snap dalam kerete.


At hentian sebelah, makan durian di kawasan oil palm plantation kot, rasa sangat tradisional disitu. Oleh sebab aku tidak menggemari durian, so aku bergambar sahaja disini hahaha


Alhamdulillah, after 4 hours journey, we're safely arrived at Medan. This is Masjid Raya. Masjid Raya sangat cantik, tapi entah mengapa, kami hanya tengok dari jauh sahaja tanpa melawatnya, kerana masjid ini situated just in front of our hotel which is Hotel Madani, so we just "oh yeah, that masjid is so nice" while menaiki lift. That's all. Sungguh tiada perasaan haha.


Yes. We love to take pictures sampai lebam tangan nak tekan snap tu kahkahkah. Masa ni tengah tunggu mummy,daddy and achik kat lobby untuk menaiki "becak" or in Malay we call it as beca to Istana Maimoon.

Istana Maimoon 

Makcik sedang berposing di ruang legar Istana Maimoon 


Some infos for you, you and you. Yes you. Canggih sangat sistem jam depa, sampai aku pun tak faham dia tulih apa ni. Lulz. Oh hampir terlupa, we need to pay Rp5000 per person to enter this Istana. Kalau convert to ringgit, it's RM1.75 only! 

Dibaca ya! Hehewww 


Mereka berniaga hanya di bawah sepohon pokok yang rendang. That's it. Mencari rejeki dengan menjual local souvenirs for tourists like us. Macam-macam ada, kat sini saja kami dah spend almost Rp500,000. There are some shirts, key chains, kain sarung and many moreeee! Cekidaut!


Bergambar bersama keluarga Pak Suria pulak. This one pun was snapped afta lunch, masakannya enak banget. I loike, we all kenyang sangat alhamdulillah. Thanks a bunch, teehee :) 

Bika Ambon, digemari ramai 

Pasar Ikan di pekan Medan

Pasar Ikan hanya pada namanya saja, hakikatnya, tiada seekor ikan pun ada dijual disini haha. Suasana di pasar ini saling tak tumpah seperti di Bazar Penang, exactly the same. Yang membezakan hanya mata wangnya aja. Ada jual bebaju, telekungs, kain ela and many morahhh. 


Telekung harga standard la beb, sulam traditionally pakai tangan kot. Harga depa letak starting from Rp200,000 to Rp1,000,000 or maybe lebih dari itu. Harga depends on kualiti kain, jenis sulaman dan jenis bodek yang diguna pakai untuk membodek penjual telekung ni agar memberi penurunan harga kahkahkah. 


Oleh sebab kitorang tak reti nak makan diluar sekitar Medan, so we have decided to makan kat hotel saje, walaupun agak mahal, standard hotel kan, tapi makan kenyang, sedap dan selesa. Takyah sesusah fikir pasal transport or safety or bla bla bla. 

Le achaq yang kekenyangan sambil mengecas iPadnya

Le achik and le me, our random pictures

Le achaq and le na (depa dua selalu begaduh, tapi still sedondon pakai baju kekotak haha) 

Di waiting room Lapangan Terbang Medan, ready to take off back to Malaysia

Dalam flight! Curi-curi snapped, akhirnya berjaya! Kahkahkah

Si manja baby kiko hahaha

End of the story of our extraordinary Eid celebration at Medan for this time, we had a very wonderful  holiday together, alhamdulillah. Thank you Allah, thanks abah mama and all. We really enjoyed it. 

Till then, may Allah bless, thanks for reading :) 

Monday, 7 May 2012

Alhamdulillah Syukran Allah

Today will be a historic day in my life. An auspicious day, full of blessings and I'm very grateful for all the gift that Allah has given to me. Thank you Allah. 

Semalam aku dah post pasal perasaan aku yang debar debar tu, tetapi terdapat sedikit ralat di situ, iaitu masa pengumuman keputusan UPU telah ditukar from 12.00 pagi kepada 12.00 tengahari haha, aku pun baru dapat tahu tentang keralatan tersebut pada jam 12.15 pagi melalui laman Facebook Afterschool.my


Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, Allah s.w.t. memberi satu lagi nikmat kepadaku, aku berjaya menempatkan diri dalam Tamhidi Sains & Teknologi di USIM. Thank you Allah. 


And again, aku hitamkan nombor kad pengenalan untuk faktor keselamatan hahaha k. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi kepadaku, aku bersyukur sangat-sangat dan aku terima dengan lapang dada haha. Alhamdulillah berita ini amat menggembirakan hati mama abah aku, aku gembira tengok depa gembira awww :)

Bukan setakat itu sahaja, aku baru terperasan something kat bawah page semakan keputusan UPU tu, ada surat tawaran bantuan asasi IPTA. Aku baru perasan kewujudan surat tawaran tersebut lima jam selepas itu. Huh sigh haha. Lalu aku membukanya dan mendapati aku telah mendapat bantuan kewangan tersebut. Alhamdulillah another big rezeki for me today.


Macam biasa, nombor kad pengenalan akan disenarai hitamkan atas faktor keselamatan hahaha. Oh ya, Tamhidi Sains & Teknologi merupakan pilihan ketiga dalam senarai pilihan program pengajian dalam borang UPU. 

Namun aku tetap bersyukur, walaupun pilihan pertama dan kedua tak dapat. Never mind, aku kena bersyukur kerana aku masih mempunyai tempat di IPTA sebab ada orang yang tak dapat langsung IPTA, cuba bayangkan kalau kita berada di tempat mereka, pasti kita akan rasa sangat sedih kan? So, bersyukurlah dengan apa yang kita dapat, okay geng? Hahaha. 

Kepada kawan-kawan yang tak dapat tempat di IPTA, bersabarlah kerana Allah s.w.t. sedang menguji anda sebenarnya. Maybe rezeki anda-anda semua lebih baik pada masa akan datang berbanding kami-kami yang dapat ni, berkat dari kesabaran anda sekarang. Semuanya bergantung kepada perancangan Allah, cepat atau lambat sahaja.

Kepada kawan-kawan yang dapat tempat di IPTA, tahniah diucapkan dan semoga terus maju jaya. Ingatlah, ini merupakan langkah kita yang pertama dalam mencapai kejayaan, teruskan melangkah dan jangan sesekali leka dan lupa kepada Allah Yang Maha Esa :)

That's all for now, may Allah s.w.t. bless :) 


Sunday, 6 May 2012

Debaran UPU


Berdebar debar debar debar debar 

Semakin hampir 7 Mei 2012, semakin berdebar jantungku

Woi 7 Mei tu esok ok esok

Haaa that's why jantung aku semakin berdegup kencang ni

Phewwwwww

Pada masa inilah hampir semua orang akan menghadapi pelbagai masalah aneh seperti

(1) Insomnia iaitu masalah kesukaran tidur

(2) Mimpi yang enggak enggak haha Indon tetiba 

(3) Hilang selera makan haha yeah right 

(4) Tukar status di Facebook selang seminit sebab 
nak bagitau satu dunia betapa debarnya anda haha 

 (5) Pacak awal depan laptop/komputer sebab 
nak jadi manusia pertama yang serang website tu haha

Selalunya, manusia manusia akan menyerang website tersebut
tepat jam 12 tengah malam kan, punya tak sabar nak tau result haha.

Tapi harus diingat, pada masa ini,
website berkenaan akan mengalamai traffic jam. 
Jadi, banyakkan bersabar masa nak check keputusan UPU nanti.

Pesanan untuk semua termasuk orang yang menulis ni :
Bila dah dapat tau keputusan, ucaplah alhamdulillah tanda bersyukur.
Apa saja keputusan yang dipaparkan, itulah yang terbaik untuk anda. 




Down Memory Lane

Assalamualaikum

Sengaja letak tajuk yang kinda classic and a bit catchy, konon. Ahaks! Okay cut the crap(s). Aku sebenarnya nak story pasal kisah dulu kala, zaman kekanak (should be kanak-kanak tapi dah malas kan, eh) haha.

Here's the story, aku ada empat orang adik beradik, dua orang abang (sigh haha) and seorang baby girl (errr) and yeah Imma kakak yang amat bagus di dunia (kekadang sifat perasan adalah perlu ya) haha. Kakak kepada seorang adik and adik kepada dua orang abang at the same time. Kalau difikirkan balik, aku lah yang paling special, sebab memainkan dua peranan dalam satu masa! Yeah super girl lah katakan, ahaks! Okay aku memang gedik, problem? Dah stop!

Sekarang semua dah besar panjang, tapi yang besar panjang tu saiz badan ja, perangai yang gila-gila tu still tak berubah jugak. Well itulah yang dinamakan brotherhood, kan? Eh waits, aku pernah wonder lah jugak kan, kenapa brotherhood? Sedangkan makna Melayunya ialah persaudaraan. Apa? Dalam persaudaraan tu ada brothers saja ka? Sisters takdak? Kesian kan. Haha what the? Dah stop!

Tengoklah, adik-beradikku yang awesome, handsome, prettaih and etc. Makin banyak puji makin mengembang jakgi haha.

 We're brotherhood 

Hehe that's me with my big bros 

Birthday celebration hoyeah 

I love this picture, so sweet 

Our little girl

Me and my late granny, I miss her

Abah sedang mengajar aku berenang di Pantai Batu Feringghi, Penang
Masa ni umur aku baru setahun jagung haha

Okay aku ada dua alasan mengapa gambar aku yang paling banyak haha, firstly this is my blog, so aku kasi extra lah sikit gambar-gambar aku kan haha. Secondly, mama and baba aku cakap, masa tahun aku lahir depa baru beli kamera, haha that's why gambar aku lebih banyak berbanding adik beradik lain. Malangnya, selepas tiga tahun, kamera itu rosak, so kuranglah sikit gambar adik aku. Hm haha. 

Alright sampai di sini sahaja kita berdown memory lane haha. 
Till then, may Allah bless :) 



Alhamdulillah Lulus

Assalamualaikum and hai everyone!

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, aku lulus test JPJ. Aku rasa lega, sangat sangat lega sebenarnya. Inilah kejayaan yang paling bermakna dalam hidup aku, haha ini dah hiperbola gila. Tapi like seriously aku rasa macam ya Allah I can't describe that feeling by words. Seriously hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu.

Okay now let's proceed to the story, yang memang kalau diizinkan Allah, aku takkan lupa sampai bebila. Haha. Aku sampai kat driving school tu around pukul 7.40 pagi. Cikgu aku suruh buat latihan untuk terakhir kalinya dalam litar, naik bukit, masuk parking and tiga penjuru. Aku sempat buat sampai tiga kali pusingan kot, sementara nak tunggu kedatangan para pegawai JPJ. 

Okay pagi tu baru aku tau yang cikgu aku ada dua orang students lagi (sorang abang sorang kakak) yang akan mengambil test JPJ jugak. Haha rasa lega sikit sebab ada kawan. Kami bertiga telah dimaklumkan oleh our cikgu berkenaan nombor giliran masing-masing. Abang tu nombor 1, aku nombor 6 and kakak tu nombor 7 dalam sesi 1. Sesi 1 ni mula awal pagi, habis pun awal, haha alhamdulillah. 

Sebelum pergi taklimat tu, cikgu aku ada bagi kata-kata perangsang which is amat membina, bagi tips and ulang balik apa yang dah belajar apa semua, saat tu lah aku sedar betapa salahnya tanggapan aku terhadap cikgu tu sebelum ini. Aku rasa aku berdosa sangat. Maafkan saya cikgu. 

Okay, lepastu dengar taklimat ringkas daripada pegawai JPJ yang handsome tapi sayangnya beliau dah berkahwin anak 7, hehe aku hentam ja tu. Tak tau lah anak berapa tapi yang pasti, dah berkahwin. Oh mai! Ok dah, lepas dengar taklimat, kami yang sesi 1 ni bergerak ke sebuah pondok yang berada di tengah-tengah roundabout yang ada dalam driving school tu dan bersedia untuk dipanggil mengikut giliran untuk diuji dalam litar.

Aku dapat kereta warna merah masa ujian dalam litar, haha lain dari yang lain. Tapi tak kisah pun, janji perform well sudah, jangan buat perangai masa aku ambik test QTI haritu. Huh nyebelin! Hahaha. Okay, memula naik bukit, alhamdulillah tak kena ulang sampai 2 kali, lepastu turun buat parking, alhamdulillah berjalan dengan lancar dan begitu juga dengan 3 penjuru.

Nak dijadikan cerita, sebelum sampai giliran aku, ada dua orang students terkandas kat bukit, so macam sunyi ja lah kat tempat parking and 3 penjuru tu, takdak orang. Tinggal aku sorang ja kat situ, jadi tayangan perdana pulak, semua focus kat aku ni, ya Allah terseksa jiwa raga aku masa tu haha.

Lepas dah settle semua, drive kereta ke tempat asal, turun dari kereta semua pandang, ok aku tak tau macam mana nak cover lagi dah, last last buat dunno ja lah haha. Lepastu naik ke pondok tempat pegawai JPJ jaga parking and 3 penjuru, sign apa semua, pastu bergerak ke tempat ujian jalan raya pulak. Semasa menunggu giliran untuk diuji tu, aku sempat call abah, bagitau yang dah lulus ujian dalam litar, abah wish good luck for the second time untuk ujian jalan raya pulak. Hehew nervous gila masa tu.

Okay pabila nombor giliran aku dipanggil, aku pun pergilah ke kereta ujian tersebut, haha and aku dapat JPJ lelaki, muda, badan besar-besar sikit, dan hm dan hm garang! Macam mana aku boleh terperasan pegawai JPJ tu garang? Yeah, semasa aku memberi salam kepadanya, beliau hanya membalas "hm" kepadaku. Ohmai haha terus aku cop beliau as garang. Bukti seterusnya, semasa aku baru nak mula jalankan kereta tersebut, I repeat, baru nak mula jalankan kereta ya, beliau berkata begini kepadaku, "eh bawak la laju sikit, ini bukan latihan, ini ujian, laju-laju sikit". Hm aku pun pecut terus, pacak minyak sampai 40 km/h haha.

Beliau hanya senyap sahaja dalam kereta sepanjang ujian tersebut, aku sangat lega haha. Tiada gangguan semasa memandu, tetapi haha berangan lah takdak gangguan konons, masa nak sampai dah kat driving school tu, beliau membuka radio sambil betulkan aircond untuk mengganggu aku, haha what the? Tak memberi sebarang effect pun sebenarnya haha apa ni apa ni, bangga habis ha? Hm okay dah stop.

Alhamdulillah sesampai ja aku kat driving school tu, baru aku teringat yang aku terlupa untuk menguji keadaan lampu isyarat dan pencuci cermin tadi, yeay gembiranya aku -..- Lenyap satu markah disitu yeay me! Tapi alhamdulillah, aku masih lulus, haha tak mengapalah satu markah tu, anggap saja bukan rezekiku, haha. Memandangkan aku antara yang terawal habis ujian tu, makanya lepas turun dari kereta, aku diserbu oleh wartawan haha wartawan lah sangat, dak dak aku diserbu oleh calon-calon yang belum ambil ujian tu lagi, semua tanya hampa kena jalan mana? JPJ tu garang dak? hampa lulus dak? and bla bla bla haha.

Semestinya orang yang pertama aku call ialah abah, diikuti mama hahaha, sebab mama busy meeting, abah macam free sikit, so yeah abah happy sangat, plus berbangga atas kejayaanku yang lulus test JPJ hahak. Overnya. Tapi yeah mama yang mai pick aku kat driving school haha, and and beliau turut melahirkan rasa syukur dan bangga atas kejayaanku ini. Ecewah cewah hahaha. Okay enough of this.

Okay nah here's my driving license yang diambil di JPJ keesokan harinya haha punya excited. Beberapa maklumat seperti nombor kad pengenalan dan alamat rumah telah dihitamkan untuk tujuan keselamatan. Sekian terima kasih. Haha poyo ja ayat.


Till then, terima kasih kerana sanggup membaca karangan yang berderai-derai ini hahaha. Sekian assalamualaikum and may Allah bless :)


Tuesday, 10 April 2012

Artis & Hiburan Islamik

Bismillahirahmanirahim 

Ramai manusia memilih untuk berubah atau berhijrah ke arah yang lebih baik sekarang. Berubah, bertaubat atas dosa dan kesilapan yang lalu dan istiqamahkan hati untuk terus berubah. Aku pun begitu. 

Untuk berubah memang jaranglah seorang manusia tu terus berubah drastically. Mesti perlahan-lahan and ikut step by step. Kan? Kalau ada pun yang drastically berubah, itu satu kelebihan buatnya. Tak mustahil ya, Allah mampu buat apa saja walaupun benda tu di luar batasan akal fikiran kita yang sememangnya terbatas ni.

Manusia suka akan hiburan. Yes, no doubt. So, antara pendekatan yang paling bagus untuk mengubah diri sendiri atau orang lain ke arah kebaikan adalah melalui hiburan! Hiburan islamik! Jyeaaaah! 

Aku tengok semakin ramai artis (mostly lelaki) dari dalam dan luar negara mencipta hiburan yang berbentuk Islamik. Awesome kan! Lagi best dari KPOP, JPOP, artis-artis Barat yang terang-terangan kekafiran mereka itu. Siapa yang minat plus fanatik gila alkafirun tu? Siapa yang asyik memuja alkafirun tu? Siapa yang membeli album alkafirun tu? Siapa? Our muslimin! So, renung-renungkanlah.

Contoh artis lelaki solo yang boleh kita jadikan sebagai satu hiburan yang tidak melampaui batas serta tidak terlalu leka sehingga mengabaikan kewajipan solat ialah :

Top 5 (International)
  • Maher Zain (of course) 
  • Sami Yusuf (for sure)
  • Irfan Makki (not bad)
  • Mesut Kurtis (well known)
  •  Opick (Indo's favorite)

Top 5 (National)
  • Akhil Hayy (best)
  • Hafiz Hamidun (awesome)
  • Sham Kamikaze (superb)
  • Mawi (was really good singing in HambaMu song)
  • Aiman Akademi Nasyid (good enough)

Kumpulan Nasyid all around the world sememangnya bagus ya, they were united in one team with the same purpose of delivering dakwah. Tidak seperti kumpulan-kumpuran alkafirun yang lain, hanya menyampaikan hiburan semata-mata. Ish ish.

Tengok ni!
Track list from the third album of Sami Yusuf, Wherever You Are :) 
Aku suka semua lagu dalam album ni. Semua k semua. 
For the song samples, click this


Maher Zain's second album is out now! Already available in Malaysia! Jyeaaaah! 


Ye ye tengok tajuk lagu saja pun dah tahu, semuanya remind us to always remember Allah s.w.t. and Rasulullah s.a.w. So that, kita tidak akan pernah terleka dengan hiburan saja. Malahan, always ya always remember Allah s.w.t. and Rasulullah s.a.w. 

That's all for now, thanks for reading and may Allah bless :)