Sunday, 6 May 2012

Alhamdulillah Lulus

Assalamualaikum and hai everyone!

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, aku lulus test JPJ. Aku rasa lega, sangat sangat lega sebenarnya. Inilah kejayaan yang paling bermakna dalam hidup aku, haha ini dah hiperbola gila. Tapi like seriously aku rasa macam ya Allah I can't describe that feeling by words. Seriously hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu.

Okay now let's proceed to the story, yang memang kalau diizinkan Allah, aku takkan lupa sampai bebila. Haha. Aku sampai kat driving school tu around pukul 7.40 pagi. Cikgu aku suruh buat latihan untuk terakhir kalinya dalam litar, naik bukit, masuk parking and tiga penjuru. Aku sempat buat sampai tiga kali pusingan kot, sementara nak tunggu kedatangan para pegawai JPJ. 

Okay pagi tu baru aku tau yang cikgu aku ada dua orang students lagi (sorang abang sorang kakak) yang akan mengambil test JPJ jugak. Haha rasa lega sikit sebab ada kawan. Kami bertiga telah dimaklumkan oleh our cikgu berkenaan nombor giliran masing-masing. Abang tu nombor 1, aku nombor 6 and kakak tu nombor 7 dalam sesi 1. Sesi 1 ni mula awal pagi, habis pun awal, haha alhamdulillah. 

Sebelum pergi taklimat tu, cikgu aku ada bagi kata-kata perangsang which is amat membina, bagi tips and ulang balik apa yang dah belajar apa semua, saat tu lah aku sedar betapa salahnya tanggapan aku terhadap cikgu tu sebelum ini. Aku rasa aku berdosa sangat. Maafkan saya cikgu. 

Okay, lepastu dengar taklimat ringkas daripada pegawai JPJ yang handsome tapi sayangnya beliau dah berkahwin anak 7, hehe aku hentam ja tu. Tak tau lah anak berapa tapi yang pasti, dah berkahwin. Oh mai! Ok dah, lepas dengar taklimat, kami yang sesi 1 ni bergerak ke sebuah pondok yang berada di tengah-tengah roundabout yang ada dalam driving school tu dan bersedia untuk dipanggil mengikut giliran untuk diuji dalam litar.

Aku dapat kereta warna merah masa ujian dalam litar, haha lain dari yang lain. Tapi tak kisah pun, janji perform well sudah, jangan buat perangai masa aku ambik test QTI haritu. Huh nyebelin! Hahaha. Okay, memula naik bukit, alhamdulillah tak kena ulang sampai 2 kali, lepastu turun buat parking, alhamdulillah berjalan dengan lancar dan begitu juga dengan 3 penjuru.

Nak dijadikan cerita, sebelum sampai giliran aku, ada dua orang students terkandas kat bukit, so macam sunyi ja lah kat tempat parking and 3 penjuru tu, takdak orang. Tinggal aku sorang ja kat situ, jadi tayangan perdana pulak, semua focus kat aku ni, ya Allah terseksa jiwa raga aku masa tu haha.

Lepas dah settle semua, drive kereta ke tempat asal, turun dari kereta semua pandang, ok aku tak tau macam mana nak cover lagi dah, last last buat dunno ja lah haha. Lepastu naik ke pondok tempat pegawai JPJ jaga parking and 3 penjuru, sign apa semua, pastu bergerak ke tempat ujian jalan raya pulak. Semasa menunggu giliran untuk diuji tu, aku sempat call abah, bagitau yang dah lulus ujian dalam litar, abah wish good luck for the second time untuk ujian jalan raya pulak. Hehew nervous gila masa tu.

Okay pabila nombor giliran aku dipanggil, aku pun pergilah ke kereta ujian tersebut, haha and aku dapat JPJ lelaki, muda, badan besar-besar sikit, dan hm dan hm garang! Macam mana aku boleh terperasan pegawai JPJ tu garang? Yeah, semasa aku memberi salam kepadanya, beliau hanya membalas "hm" kepadaku. Ohmai haha terus aku cop beliau as garang. Bukti seterusnya, semasa aku baru nak mula jalankan kereta tersebut, I repeat, baru nak mula jalankan kereta ya, beliau berkata begini kepadaku, "eh bawak la laju sikit, ini bukan latihan, ini ujian, laju-laju sikit". Hm aku pun pecut terus, pacak minyak sampai 40 km/h haha.

Beliau hanya senyap sahaja dalam kereta sepanjang ujian tersebut, aku sangat lega haha. Tiada gangguan semasa memandu, tetapi haha berangan lah takdak gangguan konons, masa nak sampai dah kat driving school tu, beliau membuka radio sambil betulkan aircond untuk mengganggu aku, haha what the? Tak memberi sebarang effect pun sebenarnya haha apa ni apa ni, bangga habis ha? Hm okay dah stop.

Alhamdulillah sesampai ja aku kat driving school tu, baru aku teringat yang aku terlupa untuk menguji keadaan lampu isyarat dan pencuci cermin tadi, yeay gembiranya aku -..- Lenyap satu markah disitu yeay me! Tapi alhamdulillah, aku masih lulus, haha tak mengapalah satu markah tu, anggap saja bukan rezekiku, haha. Memandangkan aku antara yang terawal habis ujian tu, makanya lepas turun dari kereta, aku diserbu oleh wartawan haha wartawan lah sangat, dak dak aku diserbu oleh calon-calon yang belum ambil ujian tu lagi, semua tanya hampa kena jalan mana? JPJ tu garang dak? hampa lulus dak? and bla bla bla haha.

Semestinya orang yang pertama aku call ialah abah, diikuti mama hahaha, sebab mama busy meeting, abah macam free sikit, so yeah abah happy sangat, plus berbangga atas kejayaanku yang lulus test JPJ hahak. Overnya. Tapi yeah mama yang mai pick aku kat driving school haha, and and beliau turut melahirkan rasa syukur dan bangga atas kejayaanku ini. Ecewah cewah hahaha. Okay enough of this.

Okay nah here's my driving license yang diambil di JPJ keesokan harinya haha punya excited. Beberapa maklumat seperti nombor kad pengenalan dan alamat rumah telah dihitamkan untuk tujuan keselamatan. Sekian terima kasih. Haha poyo ja ayat.


Till then, terima kasih kerana sanggup membaca karangan yang berderai-derai ini hahaha. Sekian assalamualaikum and may Allah bless :)