Today will be a historic day in my life. An auspicious day, full of blessings and I'm very grateful for all the gift that Allah has given to me. Thank you Allah.
Semalam aku dah post pasal perasaan aku yang debar debar tu, tetapi terdapat sedikit ralat di situ, iaitu masa pengumuman keputusan UPU telah ditukar from 12.00 pagi kepada 12.00 tengahari haha, aku pun baru dapat tahu tentang keralatan tersebut pada jam 12.15 pagi melalui laman Facebook Afterschool.my
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, Allah s.w.t. memberi satu lagi nikmat kepadaku, aku berjaya menempatkan diri dalam Tamhidi Sains & Teknologi di USIM. Thank you Allah.
And again, aku hitamkan nombor kad pengenalan untuk faktor keselamatan hahaha k. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi kepadaku, aku bersyukur sangat-sangat dan aku terima dengan lapang dada haha. Alhamdulillah berita ini amat menggembirakan hati mama abah aku, aku gembira tengok depa gembira awww :)
Bukan setakat itu sahaja, aku baru terperasan something kat bawah page semakan keputusan UPU tu, ada surat tawaran bantuan asasi IPTA. Aku baru perasan kewujudan surat tawaran tersebut lima jam selepas itu. Huh sigh haha. Lalu aku membukanya dan mendapati aku telah mendapat bantuan kewangan tersebut. Alhamdulillah another big rezeki for me today.
Macam biasa, nombor kad pengenalan akan disenarai hitamkan atas faktor keselamatan hahaha. Oh ya, Tamhidi Sains & Teknologi merupakan pilihan ketiga dalam senarai pilihan program pengajian dalam borang UPU.
Namun aku tetap bersyukur, walaupun pilihan pertama dan kedua tak dapat. Never mind, aku kena bersyukur kerana aku masih mempunyai tempat di IPTA sebab ada orang yang tak dapat langsung IPTA, cuba bayangkan kalau kita berada di tempat mereka, pasti kita akan rasa sangat sedih kan? So, bersyukurlah dengan apa yang kita dapat, okay geng? Hahaha.
Kepada kawan-kawan yang tak dapat tempat di IPTA, bersabarlah kerana Allah s.w.t. sedang menguji anda sebenarnya. Maybe rezeki anda-anda semua lebih baik pada masa akan datang berbanding kami-kami yang dapat ni, berkat dari kesabaran anda sekarang. Semuanya bergantung kepada perancangan Allah, cepat atau lambat sahaja.
Kepada kawan-kawan yang dapat tempat di IPTA, tahniah diucapkan dan semoga terus maju jaya. Ingatlah, ini merupakan langkah kita yang pertama dalam mencapai kejayaan, teruskan melangkah dan jangan sesekali leka dan lupa kepada Allah Yang Maha Esa :)
Kepada kawan-kawan yang dapat tempat di IPTA, tahniah diucapkan dan semoga terus maju jaya. Ingatlah, ini merupakan langkah kita yang pertama dalam mencapai kejayaan, teruskan melangkah dan jangan sesekali leka dan lupa kepada Allah Yang Maha Esa :)
That's all for now, may Allah s.w.t. bless :)











