Friday, 30 March 2012

A Must Watch Video

Assalamualaikum w.b.t. 

Hari ni rasa macam terlebih rajin haha, dua post sekaligus! Post yang kedua ni, aku takmau tulis berderai-derai. Just let the video speaks. Video ni menerangkan tentang makna rukun bacaan dalam solat. Hanya yang rukun ya, bacaan-bacaan sunat dalam solat were excluded. Tapi still, awesome gila! Trust me, it's a must watch video. It's a must okay!





So, how was it? Best kan? 
Komen peribadi aku : 
Olahan idea yang mudah difahami,
bentuk penyampaian yang unik which is amat menarik! 
Congrates and thanks to the creator(s) of this video. 
Keep up the good work!


That's all for today, may Allah bless :)

I Think These Pictures Deserve An Entry

 So true :)

 Thank you Allah :)

 Say Alhamdulillah :)


Nobody's perfect :)

 It's for awet muda too :)

 So suweed :)

 Alhamdulillah :)



End
May Allah bless


Thursday, 29 March 2012

Take It Or Leave It?

I'm in a dilemma.

Nak teruskan belajar in science field or tinggal terus?

Kalau nak ikutkan result,
memang lah layak untuk belajar in science field, 
tapi itulah, kena cekal untuk
compete dengan budak-budak straight A's lak.
Takut tak berkemampuan.

Kalau ambik course di luar science field, sayang lah pulak kan. 
Belajar science dah berapa tahun dah, tetiba kena tinggal lak. 
Sayangnya nak tinggal. 

Bila dah terperangkap dalam dilema nih, 
Aku cuba cari jalan keluar seperti,
Google pasal courses yang aku layak tu.
 Aku nak tahu dari segi subjeknya macam mana, cara belajar,
tempoh belajar, job prospects and etc. 

Google punya Google tetiba
langkahku terhenti di persimpangan, persimpangan dilema, cehwah.
Ada dua simpang yang aku layak plus minat, tapi
Aku kena pilih satu saja antara dua simpang tersebut.
Satu simpang ke arah science, another simpang ke arah law. 

 Courses yang layak tanpa minat, quite banyak.
Courses yang tak layak tetapi minat sangat, lagi banyak! Hah.

Okay takpa watlek watcool dulu, pahtu kan,
Aku terjumpa dua buah blog yang cool habis!
mengisahkan tentang dua kehidupan yang berbeza,
seorang bakal doktor, seorang lagi bakal lawyer.
yang bestnya, dua-dua wanita! Wow, wa kagum seketika.
Alhamdulillah, wanita penggoncang dunia okay :)

First blog yang aku jumpa ialah blog
kakak Siti Asma
for more information, boleh click link kat atas ni.
Beliau merupakan pelajar Tamhidi Syariah & Undang-Undang
tahun 2010/2011. Post terbaru beliau ialah pada December 2011.
sibuk agaknya, takdak masa nak update blog, k.
She really inspires me to stay in this track.
It's Syariah & Law track.

Mula-mula rasa macam dilema ni semakin bekurangan,
tapi kan, rasa tak adil pulak Google sebelah pihak ja.
So, aku pun Google pasal science field pulak.

Then, aku jumpa another awesome blog.
kakak Aimi Syahirah
for more information, boleh click link kat atas ni.
Beliau merupakan pelajar Tamhidi Sains & Teknologi 2011/2012
Based on what I've read in this blog,
kakak ni seorang pelajar cemerlang & aktif kokurikulum okay.
Tapi, she just got a so-so result in SPM 2010, just like mine!
Tapi, beliau memang nak sangat buat Medic, just like me!
A so-so result doesn't mean the result was really bad ya.
Buktinya, kita dua masih layak untuk apply science field,
not bad lah kan? K (sesi sedapkan hati sendiri haha)
Haha okay enough!

Tapi (again), kakak ni mempunyai minat yang amat mendalam
 terhadap bidang perubatan ni.
Persoalannya, berapakah meter kedalaman minat aku dalam
bidang perubatan dari dasar laut? K over though.
Meter kedalaman dari dasar laut bagai. Haha.

So, boleh beritahu aku yang mana satu harus dipilih?
Susah kan? Kenapa harus memilih di antara dua?
Kenapa tak boleh grab ja kedua-duanya? Okay crapped!
















Namun, aku bersyukur sangat-sangat,
Allah s.w.t. sedang membuka jalan untuk aku
 buat pilihan yang tepat, setepat-tepatnya.
Ya Allah, I need your guidance, am always in need.

Kenapa aku selalu post pasal UPU ja lately ni?
Sebab tarikh tutup UPU just around the corner!
Tolong paham! Haha

End. 




Wednesday, 28 March 2012

I'm Thinking Of UPU

 Ya Allah show me the way
Pening

Susah betul nak buat pilihan. Someone please oh pretty please teach me how to be a skilled decision maker. Now I've realised that I'm too bad in this. Yang layak kebanyakannya macam susah ja nak carry. Ya Allah, peningnya, pilih ikut keutamaan lah, apa lah. Pening pening. Dah berapa kali kemaskini ni, ish. 


Takut

Takut tersilap pilih, nanti menyesal tak berguna sesen dah. Takutlah, lain yang diharapkan, lain pulak yang datang nanti. Ya Allah, takutnya, tak mau lah terlalu berharap, nanti frust menonggeng kan. K. 


Doa

Segala kesulitan ini datangnya dari Allah, jalan penyelesaiannya juga datang dari Allah. Semuanya kita perlu bergantung kepada Allah. Ya Allah, permudahkanlah urusan permohonan UPU ini, berilah aku petunjukMu untukku membuat pilihan yang betul. Amin amin Ya Rabbal Alamin. 


End


Monday, 26 March 2012

Jom Tutup Aurat Dengan Sempurna

Assalamualaikum w.b.t. 

Entry kali ni boleh dikategorikan sebagai satu kempen anjuran aku sendiri, haha. Okay tak lawak. Sengaja pilih tajuk yang memang dah common kot dalam internet, bersepah-sepah kempen menutup aurat dilaksanakan. Tapi, kenapa masih ramai lagi yang tak menutup aurat? Ya, memang ramai ja yang menutup aurat, tapi belum cukup sempurna. To be honest, aku sendiri rasa aku tidak menutup auratku dengan sempurna lagi. And as I said before, I'm on my way to be a better muslimah, insyaAllah. 

So, aku ingin berkongsi cara-cara berpakaian bagi wanita Islam atau muslimah dari hujung rambut sampai hujung kaki, insyaAllah. Moga bermanfaat untuk semua :)


Pemakaian Tudung
  • Tidak terlalu nipis dan jarang sehingga menampakkan cuping telinga, leher dan rambut.
  • Warna tidak menonjol (striking) sehingga menimbulkan keghairahan lelaki apabila melihatnya. Mungkin warna yang dimaksudkan seperti warna merah menyala, mungkin.
  • Labuh sehingga menutupi bahagian dada seperti mana yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. dalam surah An-Nur ayat 31, "...dan hendaklah mereka menutup kain tudung hingga ke dadanya..."
  • Hendaklah menutupi keseluruhan rambut. Jangan biarkan rambut terjurai ke belakang sehingga orang lain boleh nampak, bahaya tu!
  • Tidak menunjukkan bentuk rambut, contohnya sanggul tinggi atas kepala seperti bonggol unta. 

Pemakaian baju
  • Baju mestilah labuh dan longgar
  • Baju dilabuhkan sehingga menutupi bahagian pinggul dan peha untuk keselamatan dan keselesaan kita jugak okay?
  • Mesti longgar ya, tidak boleh ketat, sendat, mahupun cukup-cukup makan sahaja. Sebab aurat must be covered not only wrapped :)
  • Lengan baju panjang sehingga ke pergelangan tangan. Inner hanya untuk dipakai di sebelah dalam. Dah nama pun inner kan. Ini bermakna, mesti ada sesuatu yang lain di luarnya. Harap faham :)
  • Baju tidak terlalu nipis dan jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh badan.


 Pemakaian Seluar/Kain/Skirt Labuh
  • Seluar atau kain atau skirt labuh mestilah cukup labuhnya sehingga ke buku lali. 
  • Seluar atau kain atau skirt labuh mestilah longgar, tidak terlalu nipis dan jarang sehingga menampakkan bentuk kaki. 
  • Pemakaian seluar jeans kurang sesuai bagi wanita muslimah kerana sukar untuk mencari seluar jeans yang betul-betul menepati syariat Islam.
  • Attention please! Pemakaian legging hanya boleh dipakai di bahagian dalam ya, kerana legging merupakan salah satu pakaian dalam! Tarafnya sama seperti apa yang selalu kita pakai di bahagian dalam seperti baju dan seluar dalam. Harap faham :)
  • Pemakaian seluar slack panjang lebih digalakkan kerana jenis kainnya yang licin, bersaiz longgar dan selesa dipakai!


Pemakaian sarung kaki dan kasut
  • Mesti pakai sarung kaki ataupun stoking. Benda ni lah yang selalu diabaikan oleh kebanyakan wanita Islam termasuklah aku ketika hendak keluar rumah
  • Pesanan untuk aku dan semua wanita Islam yang lain, don't take for granted in this matter because menutup aurat means cover the whole body (except the face and hands). 
  • So, kaki juga merupakan aurat kita yang wajib ditutup daripada pandangan bukan mahram kita ataupun ajnabi. Okay? 
  • Memakai kasut tinggi yang tidak berbunyi (sekiranya hendak memakai kasut yang bertumit tinggi, pastikan tumitnya diperbuat daripada getah), contohnya pemakaian wedges which is trending now.






Apabila Allah s.w.t. mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan kerana Allah s.w.t. hendak menyekat kebebasan wanita, tetapi kerana Allah menyayangi wanita. Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menutup aurat. Sebaliknya, dengan mendedahkan aurat mereka telah menzalimi diri mereka dan merosakkan orang lain. Nauzubillahi min zalik.


Semoga penyampaian kali ini bermanfaat
 untuk semua. Wallahua'lam.
Sekian, may Allah bless :)






Gadis Hilang Kian Bercambah

Sejak dua menjak ni kan, ada saja berita pasal budak perempuan hilang. Aku panggil budak sebab depa ni tak cukup matang untuk dipanggil gadis. Yalah, katanya diculik, tapi rupa-rupanya budak tu yang terhegeh-hegeh nak ikut boyfriend dia. Aku macam grrrrrr geram gila kot! Sekolah pun tak habis lagi, malahan PMR pun tak ambik lagi, ada hati nak couple bagai. Marah ni marah.

Maybe our girls growing up too fast and get old before their time

Lepas kes budak ni, terus timbul kes-kes lain dengan banyaknya bagai cendawan tumbuh selepas hujan yang hampir serupa, umur pun hampir sebaya. Semuanya gara-gara ikut boyfriend! Alasan mereka, tertekan dan rasa dikongkong oleh keluarga. Hah apakah? Budak-budak tu tau ka apa maksud tertekan and terkongkong? Nampak sangat mereka itu belum cukup matang and bertindak hanya mengikut perasaan bukannya akal fikiran. Nampak sangat! 




Yes, it takes courage to grow up but it takes parents encouragement as well. Ibu bapa lebih memahami kita sebab merekalah yang melahirkan dan membesarkan kita sejak kecil. Bukannya boyfriend ataupun teman lelaki ataupun rakan sebaya, atau lebih tepat lagi strangers!





Ibu bapa juga perlu menjadi role model kepada anak-anak dengan menunjukkan nila-nilai yang baik agar anak-anak boleh mengambil contoh seterusnya mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapa mereka. Senang cerita, perlu ada komunikasi dua hala antara kedua-dua pihak. Sekiranya anak-anak mempunyai sebarang masalah, ibu bapalah yang sepatutnya menjadi insan pertama yang mereka cari. Ibu bapa juga mestilah meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak walau sesibuk manapun anda. Barulah keluarga bahagia dapat dibina dengan utuhnya. Barulah kes remaja lari dari rumah akan menurun 100%. InsyaAllah. 





Tengok, hayati, dan amalkan apa yang telah dipidatokan oleh pemidato Fathiah Ibrahim dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2012 yang bertajuk Keluarga Bahagia Masyarakat Sejahtera yang telah berlangsung pada awal Mac ini. Beliau merupakan juara bagi Kategori Nusantara.


Memang layak ah jadi juara, terbaikkk! 
Okay, that's all for now, may Allah bless :)

Sunday, 25 March 2012

Petua Mengilatkan Kuku

Assalamualaikum w.b.t.

Baru-baru ni, aku ada terbaca satu artikel dalam sebuah majalah untuk warga emas yang aku pinjamkan dari mak aku, haha. Okay, perlu ka mention majalah untuk warga emas tu? Okay tak sengaja. Artikel tu lah yang aku nak kongsikan untuk entry kali ni. Petua mengilatkan kuku! Well, walaupun majalah tu khusus untuk oldies (lebih sopan begini haha) tak salah rasanya untuk orang muda macam aku ni nak selak sikit-sikit. Tengok! Aku terjumpa petua yang amat berguna buat diriku and harap berguna for the readers as well. 


Cantik kan? Tapi as a Muslim, kita kena lah potong kuku tu kasi pendek, sebab kalau simpan kuku panjang, syaitan akan bergayut happily kat kuku kita. Nak ka? Lagi satu, kita kan makan menggunakan tangan atau lebih tepat lagi guna jari-jemari dimana situlah terletaknya kuku. So, jari-jemari and kuku kita tu kena lah sentiasa bersih dari segala kekotoran untuk mengelakkan dari jangkitan kuman yang boleh menyebabkan kita mengalami sakit-sakit perut dan sebagainya. Berderai-derai ja aku tulis kan, haha biarkan. 

Okay let's proceed to petua-petua mengilatkan kuku. Here we go :

  • Perahkan 3 biji limau nipis. Ambil airnya dan campurkan dengan sedikit air biasa. Rendamkan tangan di dalamnya selama 15 minit. Selepas itu, ambil buah belimbing buluh dan gosokkan pada kuku. Bilas seperti biasa dan hasilnya kuku lebih berkilat.
  • Gosokkan ubat gigi pada kuku dengan menggunakan kain kesat (tuala). Gosok sehingga kuku nampak berkilat dan licin.
  • Goreng kulit telur ayam sehingga garing. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk. Gosokkan pada kuku sehingga berkilat.

Secara jujurnya, petua yang ketiga tu aku tak pernah buat lagi, sebab nampak pelik semacam ja. Kulit telur ayam? Errr, haha. Kalau nak buat semua petua ni, boleh ja, tapi selang-seli lah dan harus konsisten ya, jangan ingat sekali buat terus berkilat, agak impossible di situ haha k. Petua-petua ini juga boleh diapplykan untuk kuku di kaki. Selamat mencuba!

Syukur Alhamdulillah

Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat untuk tulis blog setelah lama tergendala. Alhamdulillah, baru saja dapat result SPM 2011 last few days. Alhamdulillah rezeki Allah bagi, syukur sangat-sangat. Walaupun, tidak mencapai target, tapi aku mesti terima dengan hati yang terbuka. Maybe aku tak put more effort on it or maybe usaha aku tak cukup and tak seiring dengan apa yang aku harapkan. Yalah, harapan tu bukan main jauh lagi sampai Paris, tapi usahanya sampai KLIA ja, memang padanlah kan. Haha. I'm pretty sure that there must be something else that Allah had arranged for me in the future. Only Allah knows that. 

I'm quite disappointed at first, tapi sekarang dah okay. Aku rasa bersyukur sangat-sangat. Macam mana nak pupuk rasa syukur dengan senangnya? Begini, just tengok orang yang berada di bawah kita, di bawah means orang yang kurang bernasib baik daripada kita. Dengan secara automatiknya, perasaan syukur itu lahir bertubi-tubi. Okay rasa tak sesuai ja perkataan bertubi-tubi tu, haha ah biarkan. Senang bukan? Buatlah selalu.


Ingatkan selepas dapat result boleh relaks, chill bagai, tapi rupa-rupanya lagi kelam-kabut la. Pasal nak isi UPU yang sangat penting tu, ada lebih kurang seminggu saja lagi sebelum tarikh tutup, sepanjang tempoh tu la, kepala ni akan pening dan berserabut fikir pasal benda itu sahaja. Bayangkan, takut tersilap decide punya pasal. Tapi, semua ni for the sake of my future jugak kan, so sabar sajalah. Pening sekali-sekala, apalah sangat kan, cuti dah lebih tiga bulan, goyang kaki ja kat rumah, tak hingat? Haha k. 

Aku terjumpa satu surat kiriman tak rasmi yang awesome sangat,
check this out!


That's all for now, may Allah bless :)