Monday, 26 March 2012

Gadis Hilang Kian Bercambah

Sejak dua menjak ni kan, ada saja berita pasal budak perempuan hilang. Aku panggil budak sebab depa ni tak cukup matang untuk dipanggil gadis. Yalah, katanya diculik, tapi rupa-rupanya budak tu yang terhegeh-hegeh nak ikut boyfriend dia. Aku macam grrrrrr geram gila kot! Sekolah pun tak habis lagi, malahan PMR pun tak ambik lagi, ada hati nak couple bagai. Marah ni marah.

Maybe our girls growing up too fast and get old before their time

Lepas kes budak ni, terus timbul kes-kes lain dengan banyaknya bagai cendawan tumbuh selepas hujan yang hampir serupa, umur pun hampir sebaya. Semuanya gara-gara ikut boyfriend! Alasan mereka, tertekan dan rasa dikongkong oleh keluarga. Hah apakah? Budak-budak tu tau ka apa maksud tertekan and terkongkong? Nampak sangat mereka itu belum cukup matang and bertindak hanya mengikut perasaan bukannya akal fikiran. Nampak sangat! 




Yes, it takes courage to grow up but it takes parents encouragement as well. Ibu bapa lebih memahami kita sebab merekalah yang melahirkan dan membesarkan kita sejak kecil. Bukannya boyfriend ataupun teman lelaki ataupun rakan sebaya, atau lebih tepat lagi strangers!





Ibu bapa juga perlu menjadi role model kepada anak-anak dengan menunjukkan nila-nilai yang baik agar anak-anak boleh mengambil contoh seterusnya mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapa mereka. Senang cerita, perlu ada komunikasi dua hala antara kedua-dua pihak. Sekiranya anak-anak mempunyai sebarang masalah, ibu bapalah yang sepatutnya menjadi insan pertama yang mereka cari. Ibu bapa juga mestilah meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak walau sesibuk manapun anda. Barulah keluarga bahagia dapat dibina dengan utuhnya. Barulah kes remaja lari dari rumah akan menurun 100%. InsyaAllah. 





Tengok, hayati, dan amalkan apa yang telah dipidatokan oleh pemidato Fathiah Ibrahim dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2012 yang bertajuk Keluarga Bahagia Masyarakat Sejahtera yang telah berlangsung pada awal Mac ini. Beliau merupakan juara bagi Kategori Nusantara.


Memang layak ah jadi juara, terbaikkk! 
Okay, that's all for now, may Allah bless :)