Monday, 26 March 2012

Jom Tutup Aurat Dengan Sempurna

Assalamualaikum w.b.t. 

Entry kali ni boleh dikategorikan sebagai satu kempen anjuran aku sendiri, haha. Okay tak lawak. Sengaja pilih tajuk yang memang dah common kot dalam internet, bersepah-sepah kempen menutup aurat dilaksanakan. Tapi, kenapa masih ramai lagi yang tak menutup aurat? Ya, memang ramai ja yang menutup aurat, tapi belum cukup sempurna. To be honest, aku sendiri rasa aku tidak menutup auratku dengan sempurna lagi. And as I said before, I'm on my way to be a better muslimah, insyaAllah. 

So, aku ingin berkongsi cara-cara berpakaian bagi wanita Islam atau muslimah dari hujung rambut sampai hujung kaki, insyaAllah. Moga bermanfaat untuk semua :)


Pemakaian Tudung
  • Tidak terlalu nipis dan jarang sehingga menampakkan cuping telinga, leher dan rambut.
  • Warna tidak menonjol (striking) sehingga menimbulkan keghairahan lelaki apabila melihatnya. Mungkin warna yang dimaksudkan seperti warna merah menyala, mungkin.
  • Labuh sehingga menutupi bahagian dada seperti mana yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. dalam surah An-Nur ayat 31, "...dan hendaklah mereka menutup kain tudung hingga ke dadanya..."
  • Hendaklah menutupi keseluruhan rambut. Jangan biarkan rambut terjurai ke belakang sehingga orang lain boleh nampak, bahaya tu!
  • Tidak menunjukkan bentuk rambut, contohnya sanggul tinggi atas kepala seperti bonggol unta. 

Pemakaian baju
  • Baju mestilah labuh dan longgar
  • Baju dilabuhkan sehingga menutupi bahagian pinggul dan peha untuk keselamatan dan keselesaan kita jugak okay?
  • Mesti longgar ya, tidak boleh ketat, sendat, mahupun cukup-cukup makan sahaja. Sebab aurat must be covered not only wrapped :)
  • Lengan baju panjang sehingga ke pergelangan tangan. Inner hanya untuk dipakai di sebelah dalam. Dah nama pun inner kan. Ini bermakna, mesti ada sesuatu yang lain di luarnya. Harap faham :)
  • Baju tidak terlalu nipis dan jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh badan.


 Pemakaian Seluar/Kain/Skirt Labuh
  • Seluar atau kain atau skirt labuh mestilah cukup labuhnya sehingga ke buku lali. 
  • Seluar atau kain atau skirt labuh mestilah longgar, tidak terlalu nipis dan jarang sehingga menampakkan bentuk kaki. 
  • Pemakaian seluar jeans kurang sesuai bagi wanita muslimah kerana sukar untuk mencari seluar jeans yang betul-betul menepati syariat Islam.
  • Attention please! Pemakaian legging hanya boleh dipakai di bahagian dalam ya, kerana legging merupakan salah satu pakaian dalam! Tarafnya sama seperti apa yang selalu kita pakai di bahagian dalam seperti baju dan seluar dalam. Harap faham :)
  • Pemakaian seluar slack panjang lebih digalakkan kerana jenis kainnya yang licin, bersaiz longgar dan selesa dipakai!


Pemakaian sarung kaki dan kasut
  • Mesti pakai sarung kaki ataupun stoking. Benda ni lah yang selalu diabaikan oleh kebanyakan wanita Islam termasuklah aku ketika hendak keluar rumah
  • Pesanan untuk aku dan semua wanita Islam yang lain, don't take for granted in this matter because menutup aurat means cover the whole body (except the face and hands). 
  • So, kaki juga merupakan aurat kita yang wajib ditutup daripada pandangan bukan mahram kita ataupun ajnabi. Okay? 
  • Memakai kasut tinggi yang tidak berbunyi (sekiranya hendak memakai kasut yang bertumit tinggi, pastikan tumitnya diperbuat daripada getah), contohnya pemakaian wedges which is trending now.






Apabila Allah s.w.t. mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan kerana Allah s.w.t. hendak menyekat kebebasan wanita, tetapi kerana Allah menyayangi wanita. Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menutup aurat. Sebaliknya, dengan mendedahkan aurat mereka telah menzalimi diri mereka dan merosakkan orang lain. Nauzubillahi min zalik.


Semoga penyampaian kali ini bermanfaat
 untuk semua. Wallahua'lam.
Sekian, may Allah bless :)