Sunday, 25 March 2012

Petua Mengilatkan Kuku

Assalamualaikum w.b.t.

Baru-baru ni, aku ada terbaca satu artikel dalam sebuah majalah untuk warga emas yang aku pinjamkan dari mak aku, haha. Okay, perlu ka mention majalah untuk warga emas tu? Okay tak sengaja. Artikel tu lah yang aku nak kongsikan untuk entry kali ni. Petua mengilatkan kuku! Well, walaupun majalah tu khusus untuk oldies (lebih sopan begini haha) tak salah rasanya untuk orang muda macam aku ni nak selak sikit-sikit. Tengok! Aku terjumpa petua yang amat berguna buat diriku and harap berguna for the readers as well. 


Cantik kan? Tapi as a Muslim, kita kena lah potong kuku tu kasi pendek, sebab kalau simpan kuku panjang, syaitan akan bergayut happily kat kuku kita. Nak ka? Lagi satu, kita kan makan menggunakan tangan atau lebih tepat lagi guna jari-jemari dimana situlah terletaknya kuku. So, jari-jemari and kuku kita tu kena lah sentiasa bersih dari segala kekotoran untuk mengelakkan dari jangkitan kuman yang boleh menyebabkan kita mengalami sakit-sakit perut dan sebagainya. Berderai-derai ja aku tulis kan, haha biarkan. 

Okay let's proceed to petua-petua mengilatkan kuku. Here we go :

  • Perahkan 3 biji limau nipis. Ambil airnya dan campurkan dengan sedikit air biasa. Rendamkan tangan di dalamnya selama 15 minit. Selepas itu, ambil buah belimbing buluh dan gosokkan pada kuku. Bilas seperti biasa dan hasilnya kuku lebih berkilat.
  • Gosokkan ubat gigi pada kuku dengan menggunakan kain kesat (tuala). Gosok sehingga kuku nampak berkilat dan licin.
  • Goreng kulit telur ayam sehingga garing. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk. Gosokkan pada kuku sehingga berkilat.

Secara jujurnya, petua yang ketiga tu aku tak pernah buat lagi, sebab nampak pelik semacam ja. Kulit telur ayam? Errr, haha. Kalau nak buat semua petua ni, boleh ja, tapi selang-seli lah dan harus konsisten ya, jangan ingat sekali buat terus berkilat, agak impossible di situ haha k. Petua-petua ini juga boleh diapplykan untuk kuku di kaki. Selamat mencuba!